[Pakej Pelancongan] Seoul, South Korea


Selamat Datang diucapkan kepada pembaca blogger sekalian.
Kali ini mahu post entri secara formal sedikit kerana tajuknya agak serius.
Sememangnye aku pun rasa sangat awkward untuk menaip.
Tapi bukan selalu kan?

Ak rasa tajuk entri terang-terang dah bagi tau apa yang ak nak post kali ini.
Sebagai seorang manusia yang tak dapat dinafikan lagi sangat obsess dengan segala benda yang berkaitan dengan korea, sudah semestinya dalam diri ada tersimpan perasaan untuk ke sana bukan? Dengan ehsan coursemate aku yang emaknye ade syarikat agensi pelancongan, dapat jugak akhirnya brochure untuk pakej ke korea. So, marilah baca ape yang tersenarai dalam pakej tersebut.


Dewasa; RM3600
Kanak-kanak; RM3300




Hari 01 (Makan Malam)
Berkumpul di KLIA untuk ke Lapangan Terbang Incheon. Sebaik tiba, makan malam dan check in hotel.




Hari 02 (Saraapan, Makan Tengahari, Makan Malam)
Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan dengan ke "Gyeongbok Palace" dimana istana ini dahulunya di diami oleh maharaja dan maharani. Anda juga berpeluang mencuba pakaian tradisional Korea.

[ Gyeongbok Palace]

Setelah itu ke muzium untuk melihat barangan tinggalan sejarah dan penerangan mengenai sejarah mereka. Makan tengahari dan lawatan diteruskan ke "Insadong" yang terkenal kerana menjual cenderamata. Struktur bangunanya yang unik pasti membuatkan anda tidak mahu ketinggalan merakamkan gambar kenangan.

[Insadong]




Hari 03 (Sarapan, Makan Malam)
Selepas sarapan, aktiviti lawatan diteruskan ke "Namsangol Hanok Village" dimana anda berpeluang melihat rumah tradisional masyarakat Korea.

[Namsangol Hanok Village]

Setelah itu ke "Lotte World" sebuah taman tema yang pasti menggembirakan dan berpeluang mencuba segala permainan dan persembahan yang menarik.


[Lotte World]

Pada sebelah malam anda akan dibawa ke "Dongdaemun Market" untuk membeli belah.

[Dongdaemun Market]




Hari 04 (Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam)
Pagi ini anda akan dibawa ke salah satu pulau yang terkenal dengan drama "Winter Sonata" iaitu "Pulau Nami". Anda berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi dengan menaiki tram, basikal ataupun bike engine.


[Pulau Nami]

Pada sebelah petang anda akan dibawa ke "Namdaemun Market" untuk membeli cendramata dan kerongsang Korea untuk dibawa pulang ke Malaysia.

[Namdaemun Market]




Hari 05 (Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam)
Selepas bersarapan, anda akan dibawa ke "Ameythest Centre" dan "House of Kimchi" dimana anda berpeluang merasai makanan tradisional. Sebelah petang pula, ke salah satu masjid terbesar di Seoul dan ke Hard Rock Cafe. Membeli belah di "Itaewon Market" sebelum pulang ke hotel.

[Itaewon Market]




Hari 06 (Sarapan)
Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan terus ke Lapangan Terbang Incheon.




Pakej Termasuk;
  • Tiket penerbangan 2 hala
  • Penginapan Hotel
  • Penyediaan makanan halal
  • Pengangkutan & Bayaran masuk ke tempat lawatan

Pakej Tidak Termasuk;
  • Tripping Guide + Driver Rm60/pax
  • Insuran Perjalanan












Ini adalah perancangan untuk masa hadapan. Kalau ada rezeki selepas graduasi ingin melancong ke Seoul sebelum menempuh kehidupan yg penuh pancaroba. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh la bertanya. Wasalam.